2012年12月12日星期三

Keburukan menghisap rokok

Antara keburukan merokok ialahMemendekkan usia-Rokok membunuh 5000 rakyat Malaysia setiap tahun. Satu dari dua perokok mati awal disebabkan penyakit yang berhubung-kait dengan rokok.
Berjangkitan penyakit-Terdapat 40 penyakit disebabkan merokok. Kanser paru-paru,sakit jantung,kronik bronkitis, emfisema, strok dan ulser perut merupakan penyakit akibat merokok.
Sakit dan berpenyakit -Perokok mudah dijangkiti virus flu, batuk dan jangkitan paru-paru dibandingkan dengan bukan perokok.
Anak-anak tidak sihat-Merokok membahayakan kesihatan kanak-kanak. Anak-anak perokok tegar mudah dijangkiti saluran pernafasan, jangkitan telinga dan jangkitan paru-paru.
Remaja merokok-Anda merupakan contoh utama pembentukan anak-anak anda. Anak remaja anda mempunyai kecenderungan untuk merokok jika salahGigi Mengguning-Merokok menyebabkan gigi menjadi kusam dan kuning.Bau Nafas-Akibat merokok anda mempunyai bau nafas yang kurang enak.Kulit Tidak Cantik-Orang yang merokok akan beruban cepat , kulit mudah berkedut dan kusam terutama di bahagian mata dan mulut.
Membahayakan Keluarga Dan Rakan-rakan-Apabila anda merokok berhampiran dengan bukan perokok, anda menjadikan mereka ini penghisap asap rokok. Mereka dipanggil perokok pasif. Risiko perokok pasif untuk memperoleh penyakit berkait-rapat dengan rokok seperti penyakit kanser paru-paru dan sakit jantung adalah sama. Perokok pasif memudaratkan kanakkanak.
Mudah Letih Dan Kurang Cerdas-Merokok mempengaruhi tahap kecerdasan anda. Anda mudah letih dan tidak berstamina apabila melakukan aktiviti seperti berlari, berjalan atau lain-lain.
Baju Dan Rambut Berbau-Merokok menyebabkan baju dan rambut anda mempunyai bau yang kurang enak.
Mencemarkan Udara.-Pencemaran udara dapat dikurangkan jika anda tidak merokok.Kesuburan(fertiliti)-Merokok menyebabkan kualiti sperma anda merosot seperti isi padu sperma, mobiliti dan struktur morfologi sperma.
Dis-fungsi ereksi-Mati pucuk atau disfungsi ereksi berkait rapat dengan merokok
Jika seseorang ingin berhenti merokok terdapat langkah-langkah yang perlu diambilkan:-
  • Melakukan pemeriksaan mulut sendiri.
  • Dapatkan pemeriksaan pergigian berkala di klinik pergigian. Petua berhenti merokok Bukan senang untuk membuang ketagihan merokok. Mereka memerlukan kekuatan mental untuk membuang tabiat ini.
Beberapa petua untuk berhenti merokok :
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok dan buatkan nota peringatan.
  • Bersikap yakin, selalu berfikiran positif dan beritahu diri anda yang "anda boleh membuang tabiat merokok".
  • Dapatkan sokongan.
  • Atasi keinginan/ gian untuk merokok dengan :
  • Mengunyah gula-gula getah yang tidak mengandungi gula (chewing gum)
  • Lakukan senaman
  • Mandi dengan lebih kerap
  • Gunakan terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).
Kesimpulannya apabila anda mengetahui bahaya merokok dan akibatakibat merokok ,atau anak-anak anda tergolong dalam kategori anak remaja merokok ini akan menguatkan semangat anda untuk berhenti merokok.

1 条评论: